Farisian9903
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
PERHATIAN!!
PASTIKAN ANDA REGISTER KERANA AHLI YANG TIDAK REGISTER TIDAK AKAN DAPAT MELIHAT KESELURUHAN ISI FORUM INI. ISI KANDUNGAN DAN POSTING YANG ANDA LIHAT TIDAK SAMA DENGAN ISI YANG SEBENAR!!
Gallery


Tudung Vs. Tali Leher Empty
Kotak Sembang
Latest topics
» Viagra Generico. euro viagra generico
Tudung Vs. Tali Leher EmptyThu Aug 04, 2011 10:28 pm by Guest

» Comprare Viagra. nitrato acquisto viagra generico
Tudung Vs. Tali Leher EmptyThu Aug 04, 2011 10:02 pm by Guest

» Acquista Viagra. erica carnea viagra generico
Tudung Vs. Tali Leher EmptyThu Aug 04, 2011 11:12 am by Guest

» Acquistare Viagra. comprare viagra generico greglorenzo
Tudung Vs. Tali Leher EmptyThu Aug 04, 2011 9:15 am by Guest

» x-Hack hack you
Tudung Vs. Tali Leher EmptyMon Aug 01, 2011 5:00 am by Guest

» better search engine ranking backlink building service
Tudung Vs. Tali Leher EmptyMon Aug 01, 2011 4:55 am by Guest

» Viagra Precio. precio viagra farmacias
Tudung Vs. Tali Leher EmptySat Jul 30, 2011 11:14 am by Guest

» Comprar Viagra. viagra 25mg
Tudung Vs. Tali Leher EmptyFri Jul 29, 2011 5:37 am by Guest

» Comprar Viagra Online. comprar viagra sin receta
Tudung Vs. Tali Leher EmptyThu Jul 28, 2011 9:21 am by Guest

Lulus Bi untuk lulus SPM.Anda bersetuju?

Fri Jun 12, 2009 5:57 pm by aremaf

Apa pandangan kengkawan semua tentang cadangan TPM kita utk mewajibkan lulus bahasa Inggeris untuk …

Comments: 11

Cuti lagi!

Thu Nov 26, 2009 11:19 am by safuan

salam,
insyaallah aku balik cuti akhir bulan 12 nih.
tp timetable full doh.
plan nok gi perok, …

Comments: 5

Isu Hangat Sensasi

Mon May 11, 2009 1:58 am by aremaf

apasal la makin sejuk plak forum kita ni..xde isu-isu mnarik ke saje xmau respon? kengkawan smua, …

Comments: 4

RON 92,95,97,99?

Mon Jun 08, 2009 7:49 pm by exzone

Petrol, Kenderaan & Penggunanya

apa itu RON? RON atau Research Octane Number adalah istilah …

Comments: 13

Punca Sebenar Keruntuhan Bumbung Stadium Sultan MIzan

Tue Jun 09, 2009 12:52 am by aremaf

Macam-macam spekulasi dari rakyat berkaitan isu stadium runtuh beberapa hari yang lepas. Biarlah …

Comments: 4

Graduan perlu mencari peluang, bukan mencari pekerjaan!

Tue Apr 28, 2009 7:55 am by cikcah09

Salam to all..

Tertarik dengan rakaman UWartawan yang mengupas isu berkenaan graduan dan …

Comments: 10

WASPADA WABAK BARU!!

Sun Apr 26, 2009 2:53 pm by exzone

KUALA LUMPUR 25 April – Pengawasan di semua pintu masuk negara akan diperketatkan sebagai langkah …

Comments: 9

Poll

Tudung Vs. Tali Leher

Go down

Tudung Vs. Tali Leher Empty Tudung Vs. Tali Leher

Post  cikcah09 Wed Apr 22, 2009 9:59 am

Artikel tazkeerah yang menarik ini saya dedikasikan khas untuk sahabat2 sekalian untuk sama2 kita renung dan fikir-fikirkan..

“Bertudung busuk dan kotor adalah lebih tidak Islamik berbanding dengan tidak bertudung!” tegas seorang doktor yang senior.

Saya masih termenung. Jari berentak perlahan menari-nari di atas meja. Tanda otak sedang ligat berfikir.

“Tapi doktor, kalau busuk dan kotor yang jadi isu, serangan juga patut dibuat kepada tali leher doktor lelaki. Sebagai lelaki, saya sangat tahu bagaimana kaum lelaki melayan tali leher mereka. Tak pernah dibasuh, dicampak merata-rata, lebih berpotensi menjadi punca jangkitan berbanding tudung yang jarang dipakai lebih daripada sehari,” saya menyampuk.

Cakap saya memang gurau-gurau.

Tapi isinya ada unsur-unsur pembunuhan.

Membunuh sikap double standard yang sering berlaku oleh orang kita sendiri terhadap tuntutan agama kita ke atas kita. Tiga kali ‘kita’.

Apa yang pasti, tudung busuk lagi kotor atau tidak bertudung, dua-dua tidak Islamik. Apa yang Islamik ialah bertudung, dan tudungnya bersih tidak berbau.

Ketika negara ‘kafir’ seperti United Kingdom sudah jauh ke depan dalam menghormati agama, membenarkan aurat dipelihara di dalam pasukan beruniform dan perkhidmatan kesihatan, kenapa masyarakat kita masih lebih Barat daripada Barat? Tudung itu budaya atau perintah Allah? Jika ia perintah Allah, di mana Allah dalam prioriti kamu?


SIFIR TULEN VS PALSU

Sifirnya mudah.

Kalau ada perempuan yang melampau-lampau keperempuanannya, maka berhati-hatilah. Lenggoknya berlebih-lebihan, solekannya tebal bagai kulit Kamus Dewan, cakapnya lebih mengada-ngada berbanding perempuan gedik, kemungkinan besar, dia itu sebenarnya LELAKI! Yang terdesak untuk menjadi perempuan.

Kalau ada lelaki yang melampau-lampau kelelakiannya, maka berhati-hatilah. Jalannya bersepah-sepah berlagak macho, bajunya rugged hingga ke kenduri pun mahu bersarung jersi, cakapnya lebih mencarut daripada mat lepak di kaki lima, ketahuilah, mungkin dia itu sebenarnya PEREMPUAN! Yang terdesak untuk menjadi lelaki.

Kata orang Arab:

“Yang mengikut, lebih teruk daripada yang diikut”

Barat itu biasa-biasa sahaja.

Yang terdesak mahu menjadi Barat ini yang berlebih-lebihannya.

Berlebih-lebihan itu simptom kepalsuan. Fake!


PERBANDINGAN SOLAT

“Makcik kalau dah sakit perut sangat, memulas-mulas dan makcik sedang menyiram bunga di tengah-tengah jalanraya, makcik sanggup buang air besar di tengah jalan?” saya bertanya dengan bahasa provokasi, iaitu bahasa simpanan yang hanya sesekali dipanggil masuk ke gelanggang.

“Tak sanggup!” katanya tegas.

“Habis makcik buat apa?” saya bertanya lagi.

“Makcik cari jugalah mana-mana semak untuk buang air,” katanya.

“Aha, kalau solat ni sama penting dengan berak tu pun jadilah!” saya menamatkan perbualan yang amat ‘jarang berlaku’ itu.

Makcik itu ketawa. Saya tahu dia akan ketawa. Sebab itu saya berani menggunakan analogi seteruk itu.

Macam-macam alasan diberikannya bahawa susah untuk solat semasa bekerja. Tetapi kalau berak, kurang pula alasannya. Boleh sahaja dicari semak samun untuk melepas. Tahu malu! Tetapi kalau solat, macam-macam alasan diberi. Tak ada telekung, sejadah tak bawa, kain kotor, dan entah apa-apa lagi. Sedangkan semua masalah itu jalan keluarnya mengikut peruntukan azimah dan rukhsah dalam Islam.

Sama jugalah dengan aurat.

Baju lengan panjang kotor, tudung bawa kuman dan seribu satu alasan untuk menolak pemakaian yang elok menutup aurat di hospital oleh doktor dan jururawat. Semuanya kerana Tuhan bukan prioriti utama. Sebab itu berani beralas-alasan. Bermalas-malasan.

Tetapi tali leher yang tidak membawa konotasi agama, hampir tidak pernah saya mendengar kerisauan sesiapa untuk ia berjuntai-juntai di sisi pesakit. Selepas tali leher, tali pinggang lelaki, cuba tanya berapa kali setahun dibasuhnya? Semua itu bukan source of infection? White coat, rajin benarkah ia dibasuh?

Semua itu ada jawapan masing-masing.

Tetapi menyerang tudung dan baju lengan panjang, ia hanya presenting problem. Ada pun the real problem, pentingkah Tuhan dalam hidup kamu?

cikcah09
cikcah09

Posts : 39
Join date : 2009-04-20

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum