Farisian9903
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
PERHATIAN!!
PASTIKAN ANDA REGISTER KERANA AHLI YANG TIDAK REGISTER TIDAK AKAN DAPAT MELIHAT KESELURUHAN ISI FORUM INI. ISI KANDUNGAN DAN POSTING YANG ANDA LIHAT TIDAK SAMA DENGAN ISI YANG SEBENAR!!
Gallery


Wasiat Ke-5 Al-Banna, Kurangkanlah Ketawa! Empty
Kotak Sembang
Latest topics
» Viagra Generico. euro viagra generico
Wasiat Ke-5 Al-Banna, Kurangkanlah Ketawa! EmptyThu Aug 04, 2011 10:28 pm by Guest

» Comprare Viagra. nitrato acquisto viagra generico
Wasiat Ke-5 Al-Banna, Kurangkanlah Ketawa! EmptyThu Aug 04, 2011 10:02 pm by Guest

» Acquista Viagra. erica carnea viagra generico
Wasiat Ke-5 Al-Banna, Kurangkanlah Ketawa! EmptyThu Aug 04, 2011 11:12 am by Guest

» Acquistare Viagra. comprare viagra generico greglorenzo
Wasiat Ke-5 Al-Banna, Kurangkanlah Ketawa! EmptyThu Aug 04, 2011 9:15 am by Guest

» x-Hack hack you
Wasiat Ke-5 Al-Banna, Kurangkanlah Ketawa! EmptyMon Aug 01, 2011 5:00 am by Guest

» better search engine ranking backlink building service
Wasiat Ke-5 Al-Banna, Kurangkanlah Ketawa! EmptyMon Aug 01, 2011 4:55 am by Guest

» Viagra Precio. precio viagra farmacias
Wasiat Ke-5 Al-Banna, Kurangkanlah Ketawa! EmptySat Jul 30, 2011 11:14 am by Guest

» Comprar Viagra. viagra 25mg
Wasiat Ke-5 Al-Banna, Kurangkanlah Ketawa! EmptyFri Jul 29, 2011 5:37 am by Guest

» Comprar Viagra Online. comprar viagra sin receta
Wasiat Ke-5 Al-Banna, Kurangkanlah Ketawa! EmptyThu Jul 28, 2011 9:21 am by Guest

Lulus Bi untuk lulus SPM.Anda bersetuju?

Fri Jun 12, 2009 5:57 pm by aremaf

Apa pandangan kengkawan semua tentang cadangan TPM kita utk mewajibkan lulus bahasa Inggeris untuk …

Comments: 11

Cuti lagi!

Thu Nov 26, 2009 11:19 am by safuan

salam,
insyaallah aku balik cuti akhir bulan 12 nih.
tp timetable full doh.
plan nok gi perok, …

Comments: 5

Isu Hangat Sensasi

Mon May 11, 2009 1:58 am by aremaf

apasal la makin sejuk plak forum kita ni..xde isu-isu mnarik ke saje xmau respon? kengkawan smua, …

Comments: 4

RON 92,95,97,99?

Mon Jun 08, 2009 7:49 pm by exzone

Petrol, Kenderaan & Penggunanya

apa itu RON? RON atau Research Octane Number adalah istilah …

Comments: 13

Punca Sebenar Keruntuhan Bumbung Stadium Sultan MIzan

Tue Jun 09, 2009 12:52 am by aremaf

Macam-macam spekulasi dari rakyat berkaitan isu stadium runtuh beberapa hari yang lepas. Biarlah …

Comments: 4

Graduan perlu mencari peluang, bukan mencari pekerjaan!

Tue Apr 28, 2009 7:55 am by cikcah09

Salam to all..

Tertarik dengan rakaman UWartawan yang mengupas isu berkenaan graduan dan …

Comments: 10

WASPADA WABAK BARU!!

Sun Apr 26, 2009 2:53 pm by exzone

KUALA LUMPUR 25 April – Pengawasan di semua pintu masuk negara akan diperketatkan sebagai langkah …

Comments: 9

Poll

Wasiat Ke-5 Al-Banna, Kurangkanlah Ketawa!

Go down

Wasiat Ke-5 Al-Banna, Kurangkanlah Ketawa! Empty Wasiat Ke-5 Al-Banna, Kurangkanlah Ketawa!

Post  cikcah09 Fri Apr 24, 2009 7:21 am

Jangan banyak ketawa sebab hati yang selalu berkomunikasi dengan Allah (zikir) sangat tenang dan tenteram. Hasan al-Banna.

Ada riwayat yang menunjukkan bahawa kebanyakan ketawanya ialah dengan tersenyum, dan apabila baginda ketawa, baginda ketawa seperti embun yang dingin. Sementara itu, ada juga riwayat yang menyebutkan bahawa ketawa Rasulullah tidak menunjukkan gigi.

Bagaimanapun, semua perlakuan itu cuma sekadar mengingatkan umat Islam selaku umat pendakwah bahawa gurauan, ketawa itu cuma amalan untuk mengurangi ketegangan jiwa.

Saidina Ali k.w juga menyebutkan bahawa sesekali kita perlu bergurau untuk menyebabkan jiwa rasa terhibur. Tetapi, ini tidak bererti kita perlu berhibur secara keterlaluan.

Maka, Hasan al-Banna telah menyusun dan merintis semula faham ini dengan meletakkan suatu pesanan yang sangat berguna kepada para dai'e dan Muslimin yang beriltizam dengan agama Islam ini.

Al-Banna tidaklah sampai mengharamkan gurauan dan ketawa. Namun, beliau seperti baginda Rasulullah s.a.w dan Saidina Ali, telah menyeru dan memperbaharui seruan melalui wasiatnya supaya umat Islam ini kurangkan bergurau dan melebihkan amalan dan tindakan.

Ini kerana, gurauan dan gelak ketawa yang berlebihan boleh mamatikan hati dan fikiran daripada memikirkan nasib dan permasalahan umat Islam yang menderita akibat penjajahan yang berterusan.

Tetapi, jika kita berterusan hidup dalam ketegangan, hal ini akan menyebabkan kerungsingan, kerisauan yang akhirnya mengundang kesan kejiwaan yang parah pula.

Maka, sikap yang terbaik dalam hal ini ialah kita mewakafkan lebih banyak masa untuk memikirkan serta menyusun tindakan bagi menyelesaikan permasalahan umat Islam. Selebihnya, saki-baki waktu itu diluang untuk merehatkan jiwa, hati dan fikiran kita setelah penat bekerja dalam seharian.

Atau jika masa dan kehidupan ini boleh kita pecahkan dalam bentuk peratusan, maka bolehlah diandaikan seperti ini. Iaitu, masa dan kehidupan untuk berfikir dalam hal permasalahan umat Islam ini ialah 70 peratus, manakala baki masa 30 peratus lagi adalah untuk senda gurauan.

Bagaimanapun, peratusan ini hanyalah sebagai gambaran kepada betapa pentingnya seseorang Muslim itu hidup di atas muka bumi ini untuk memperuntukkan kebanyakan masanya ke arah hal yang lebih berfaedah. Sementara, hal gurau senda dan bergelak ketawa itu hanyalah sekadar sedikit sahaja.

Muhasabah
Maka, marilah kita sebagai Muslim yang ingin mencapai kebaikan di dunia dan di akhirat bermuhasabah mengenai kehidupan seharian kita sendiri. Dalam tempoh 24 jam, berapa banyakkah masa yang kita wakafkan untuk Islam dan Muslimin? Berapa banyakkah masa yang kita gunakan untuk kepentingan masyarakat?

Beruntunglah bagi Muslimin yang banyak meluangkan masa untuk membaca, menghadiri bengkel-bengkel ilmiah dan sebagainya lagi. Jika sebaliknya, maka tergolonglah mereka dalam kalangan mereka yang rugi.

Cabaran untuk membina sebuah masyarakat yang benar-benar memanfaatkan waktunya ke arah kebaikan sangat hebat. Dengan hiburan yang melampau-lampau dalam masyarakat kita hari ini, ditambah pula dengan kurangnya agamawan yang mahir dalam selok-belok penyiaran televisyen, rasa-rasanya agak mustahil kita lakukan semua ini.

Sekiranya lebih ramai agamawan yang mahir dalam bidang pembikinan media elektronik, maka kemungkinan besar masa-masa yang berkualiti dalam kalangan masyarakat kita akan dapat dipertingkatkan.

Sistem kehidupan bekerja yang dicipta oleh negara kita dan masyarakat antarabangsa pada hari ini ialah jumlah jam bekerja selama 8 jam (9 pagi sehingga 5 petang). Selepas tempoh bekerja, sekurang-kurangnya masyarakat kita akan berada di rumah dan meluangkan waktu bersama keluarga dengan mononton televisyen.

Namun, sayangnya acara-acara hiburan itu dikuasai oleh golongan pengkarya yang melebihkan unsur hiburan, lagho sahaja. Jika ada acara-acara tv yang bermotifkan keagamaan sekali pun, jumlahnya sangat sedikit dan terhad.

Atau, dalam erti kata lain, barangkali kita boleh misalkan begini..

Iaitu program hiburan, filem, drama, nyanyian dan lain-lainnya adalah hampir 80 peratus, dan selebihnya yang berjumlah 20 peratus lagi diperuntukkan kepada program-program yang bersifat keagamaan.

Ditinjau dari sudut ini, akan tercapaikan hasrat, wasiat dan pesanan Rasulullah s.a.w, Saidina Ali k.w dan Hasan al-Banna? Maka, terletak kepada kitalah insan Muslim yang sedar untuk mengubah semua ini supaya masyarakat kita ini akan melebihkan banyak waktunya yang berkualiti.

Iaitu, biarlah mereka lebih banyak didedahkan dengan program-program bermanfaat dan selebihnya adalah program-program yang bersifat santai sahaja.

Sumber: HarakahDaily
cikcah09
cikcah09

Posts : 39
Join date : 2009-04-20

Back to top Go down

Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum